KENAL (Komuniti Ekonomi dan Sosial Rukun Tetangga Integrasi Nasional) adalah sebuah program berimpak tinggi integrasi nasional yang memberi penekanan kepada aspek teras perpaduan melalui pelaksanaan program yang menyeluruh, vibran dan segar.

Program ini bertepatan dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang berlangsung sepanjang tahun dengan 8 program teras yang merentas pelbagai spektrum kelompok sasaran dengan hasrat membina makna bernegara yang sebenar untuk setiap warganegara Malaysia.

Matlamat utama pelaksanaan program ini ialah mewujudkan impak integrasi nasional yang lebih berkesan melalui aktiviti berteraskan ekonomi dan sosial, melahirkan katalis/peneraju/tokoh perpaduan dalam kalangan generasi muda dan komuniti luar bandar serta menamatkan perbandingan ketara (reconciliation) akibat dari persilangan politik yang ketara dan ekstrem.

Program KENAL secara langsung dan tidak langsung menglibatkan sekurang-kurangnya 10 juta rakyat Malaysia dato Komuniti Rukun Tetangga, Mahasiswa, Generasi Muda hinggalah keapada pelajar-pelajar sekolah. Secara umum program KENAL bersifat 'follow through' dan 'hand-holding' yang menjadikan program ini berimpak tinggi dan memberi kesan berganda kepada masayarakat.