Institut Agro Usahawan merupakan sebuah institut pertanian berteraskan keusahawanan yang pertama seumpamanya di Malaysia. iGROW ditubuhkan dengan matlamat untuk melahirkan usahawan dan tenaga kerja mahir dalam bidang pertanian. Tidak terhad kepada itu, iGROW juga bermatlamat untuk memberikan pendedahan kepada generasi muda akan betapa pentingnya sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi negara.

Dengan visi "Nostalgia Warisan, Inspirasi Masa Hadapan", maka terhasillah konsep pembangunan iGROW dengan rumusan "Agriculture + History +Education + Health + Tourism" yang mana menjadi solusi untuk menarik lebih ramai generasi alaf baru menceburkan diri agar menjamin Transformasi Pertanian Generasi Baru.

Institut Agro Usahawan (iGROW) ditubuhkan dengan berbekalkan pengalaman pengusaha selama 17 tahun dalam industri penyedia latihan pertanian sebelum ini, hingga mampu melahirkan lebih 5000 pelatih yang bergelar usahawan dan tenaga kerja mahir dalam bidang pertanian seluruh negara.

Objektif

Di iGROW, pengalaman sebenar menjadi teras utama yang diterapkan dalam setiap modul kemahiran agar setiap pelatih bersedia menjadi usahawan pertanian apabila tamat kursus latihan. iGROW bukan sekadar melahirkan petani dan penternak, tetapi juga membentuk jutawan tani generasi baru.

Visi & Misi

  1. Membawa perubahan dalam bidang latihan kemahiran pertanian dengan pendekatan "Agro-Edu-History-Health-Tourism".
  2. Melahirkan seramai mungkin jutawan tani generasi baru dengan konsep latihan "hand-Holding".
  3. Mengembangkan ekonomi masyarakat setempat dengan perkembangan industri pertanian iGROW.

Motto

Transformasi Pertanian Generasi Baru