Konsep pelancongan desa warisan di atas tanah ladang seluas 30 ekar ini telah memenangi beberapa anugerah oleh Kerajaan Malaysia kerana keunikan yang ditawarkan. Pengunjung boleh merasai sendiri pelbagai aktiviti desa, pertanian ataupun aktiviti lasak seperti menunggang ATV dan bermain Paintball.

Tidak sekadar itu, anda juga berpeluang berkunjung ke lebih 10 tarikan pelancongan lain di kawasan sekitar di bawah program Desa Pelancongan Pasir Salak. Telusuri Sungai Perak, mengacau dodol, membuat tembikar dan melihat kunang-kunang sudah pasti bakal menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan!