Pengeluaran pertanian seperti cili merah, terung, sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan ikan air tawar, lembu dan kambing diusahakan oleh warga iGROW untuk memenuhi pasaran tempatan.

Sudah semestinya, semua ini adalah sebahagian daripada “pengalaman sebenar” yang dititikberatkan dalam modul latihan iGROW dan juga boleh dinikmati oleh pengunjung di sini secara segar, terus daripada ladang!