TRANSFORMASI PERTANIAN GENERASI BARU

PENDIDIKAN DAN LATIHAN KEMAHIRAN | PELANCONGAN | PENGELUARAN PRODUK PERTANIAN | PERUNDING KEUSAHAWANAN & PEMBANGUNAN MASYARAKAT


Institut Agro Usahawan (iGROW)

iGrow adalah sebuah syarikat BERPENGALAMAN LUAS dalam pembangunan pertanian, industri asas tani dan perusahaan bandar dan luar bandar. Usaha untuk melahirkan lebih ramai USAHAWAN PERTANIAN generasi baru perlu bergerak selari agar sektor ini tidak ketandusan tenaga mahir.


Objektif penubuhan iGROW

Institut Agro Usahawan (iGROW) diusahakan untuk memberi pendedahan secara holistik dalam industri pertanian, asas tani dan perusahaan bandar dan luar bandar. iGrow menjadi 'one-stop centre' dalam perdidikan pertanian dimana kami mempunyai struktur dan modul latihan yang komprehensif meliputi program jangka panjang ataupun jangka pendek.

Program-program yang kami sediakan dapat membantu lebih ramai orang dalam mendalamai dan memahami industri pertanian dan seterusnya dapat mempraktikan dalam kehidupan seharian. Kami menjangkakan peserta yang menjalani latihan di iGrow akan dapat mengunakan ilmu pengetahuan yang diperoleh dengan sebaik mungkin dan seterusnya dapat membantu mengembangkan ekonomi masyarakat setempat.

Misi & Visi iGROW.

Misi iGROW adalah untuk menjadi salah sebuah pusat latihan kemahiran keusahawanan yang berdaya saing cemerlang dan terunggul bukan sahaja di Malaysia, malah di mata dunia.

Hal ini kerana institut latihan kami lengkap dengan kemudahan dan fasiliti yang moden dan canggih selain modul latihan kami yang menerapkan 70% elemen praktikal dan 30% teori.

iGROW mempunyai satu visi yang utuh dan menjadi asas kepada penubuhan institut latihan ini iaitu; memberi pendedahan dan kemahiran melalui pengalaman, pembudayaan kerja dan keadaan sebenar yang diterapkan dalam setiap pembelajaran supaya pelatih bersedia ke alam pekerjaan selepas tamat latihan.

Perkhidmatan Kami

PENDIDIKAN DAN LATIHAN KEMAHIRAN

PELANCONGAN

PENGELUARAN PRODUK PERTANIAN

PERUNDING KEUSAHAWANAN & PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Mengapa Memilih Kami?

iGROW adalah salah satu syarikat yang menawarkan latihan industri asas tani terbaik di Malaysia.

iGROW mempunyai kualiti sebagai peneraju utama dalam industri asas tani dimana kami mempunyai tenaga kerja yang berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang latihan dan konsultasi keusahawanan.

Selain itu, di iGROW, kami menyediakan fasiliti yang baik dan serba lengkap untuk menjadikan kami sebagai syarikat 'one-stop centre' dalam industri pertanian.

Kursus dan modul latihan yang komprehensif dan praktikal

Di iGROW, kami memperkenalkan kursus dan modul latihan yang intensif serta lengkap dan 100% praktikal.

Memupuk sifat keusahawanan dan kemasyarakatan

Selari dengan moto syarikat 'Transformasi Pertanian Generasi Baru', peserta dapat merasa dan mendalamani selok-belok perniagaan dalam bidang pertanian moden seterusnya dapat menpraktikan ilmu yang diperoleh dengan konsultasi dari pihak iGROW.

Kemudahan yang lengkap dan canggih

Syarikat kami dikenali sebagai 'one-stop centre' dimana kami mempunyai segala kemudahan dan peralatan yang canggih dan berteknologi tinggi.

Bimbingan keusahawan selepas program

iGROW memberikan bimbingan semasa dan selepas program untuk membimbing para ushawan tani dalam mencipta dan juga memasarkan produk mereka.

Daftar Program Kami Sekarang