Institut Agro Usahawan (iGROW) diasaskan oleh Encik Nordin Bin Abdul Malek, seorang usahawan yang berwawasan dan bercita-cita tinggi dalam membantu para petani dalam memberikan pendedahan sebenar serta membantu meningkatkan pendapatan petani. Encik Nordin mempunyai pengalaman kerja dalam sektor korporat dan telah terlibat dalam pelbagai jenis program keusahawanan dan kemasyarakatan.
Oleh itu, beliau melihat potensi sebenar industri asas tani serta ingin bersama-sama membantu meningkatkan industri ini ke tahap yang lebih baik. Misi dan visi beliau menjadi tunjang penubuhan Institut Agrow Usahawan (iGROW) dimana pelbagai program kemahiran serta pendedahan mengenai cara pengendalian hingga cara memasarkan produk asas tani, akan diajar secara holistik didalam program anjuran iGROW.