iGROW mempunyai beberapa program latihan asas tani yang dijalankan untuk orang awam mahupun organisasi-organisasi yang berminat untuk menyertai program latihan yang dibangunkan oleh syarikat kami.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai program terbaru kami melalui Facebook iGROW.
iGROW mempunyai beberapa program latihan asas tani yang dijalankan untuk orang awam mahupun organisasi-organisasi yang berminat untuk menyertai program latihan yang dibangunkan oleh syarikat kami.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1,2 & 3 (Jabatan Pembangunan Kemahiran)
iGROW mempunyai kelayakan untuk mengeluarkan sijil kemahiran tahap 1, 2 dan 3 kerana tenaga pengajar kami terdiri dari pengajar yang bertauliah serta menepati piawaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
Pelbagai jenis latihan akan diberikan dan ia diiktiraf kerajaan Malaysia dan setanding sijil akademik dan mampu memberikan peluang kerjaya selain mampu berdaya saing di dalam industri ini.
Antara program yang disediakan adalah:
Tanaman Makanan
Akuakultur (Ternakan Ikan Air Tawar)
Ternakan Ruminan
Pemasaran & pengedaran Hasil Pertanian
Farm stay
Kursus Program Pembangunan Kapasiti dan Kapabiliti (PPKK)
Program ini dijangkakan mampu meningkatkan sosio-ekonomi kerana program ini berkonsepkan ekonomi, pendidikan dan juga keusahawanan. Selain itu, program ini dibangunkan dalam usaha membantu memperkasakan visi kerajaan dalam mencapai objektif utama program ini dibawah Unit Perancangan Ekonomi.
Kami memperkenalkan kursus latihan yang terbahagi kepada dua jenis asas pertanian, iaitu:
Tanaman makanan
Operasi perladangan (kelapa sawit)
Kursus Pengurusan Perladangan Pertanian & Usahawan
Kursus Pengurusan Perladangan Pertanian & Usahawan adalah program latihan mengenai cara-cara menguruskan ladang pertanian seperti kelapa sawit, tanaman cili, dan pelbagai lagi.
Program ini akan menerangkan sistem operasi pengendalian ladang yang betul serta apa yang perlu usahawan asas tani menitikberatkan dalam mengembangkan lagi projek penanaman mereka.
Kursus Agro Practical & Exposure (APEX)
APEX adalah Agro Practical and Exposure merupakan kursus yang melibatkan pegawai dari Agrobank. Mereka menjalani kursus praktikal pertanian selama 4 hari 3 malam yang menginap di Pusat latihan Felcra Seberang Perak.
Kursus Agri Business Real Exposure (ABLE)
Program latihan ini adalah untuk memberi pendedahan sebenar kerjaya pertanian kepada penuntut institut pendidikan. Pelajar-pelajar yang menuntut di institusi tinggi ini disarankan untuk mengikuti program Agri Business Real Exposure untuk meningkatkan nilai kepasaran pelajar dalam bidang asas tani.
Kursus Asas Keusahawanan, Pra-Persaraan
Kursus ini adalah ditawarkan kepada para pekerja yang bakal bersara selepas mengharungi tempoh pekerjaan yang lama. Program latihan ini berkonsepkan keusahawanan dalam bidang pertanian dimana induividu yang bakal bersara ataupun telah bersara mampu mengusahakan hasil tanaman yang memberikan hasil yang lumayan.
Selain itu, kursus ini membolehkan para persara membuat persediaan rapi untuk menikmati kehidupan selepas bersara dan memilih pertanian sebagai bidang kerjaya seterusnya.
Di dalam program ini, iGROW menyediakan modul latihan lengkap dari asas pertanian, pengurusan tanaman, operasi dan juga memasarkan hasil asas tani.
Kursus Modular Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kurus modular ini adalah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan ia berkonsepkan latihan jangka masa singkat (2-6 bulan) dan fokus kepada praktikal supaya memberi gambaran sebenar alam pekerjaan.
Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan industri asas tani. Antara latihan yang kami sediakan adalah latihan tanaman makanan.
Pembangunan Komuniti
Institut Agro Usahawan (iGROW) membangunkan beberapa program bersama agensi-agensi kerajaan Malaysia yang berkonsepkan pembangunan modal insan dan keusahawanan khususnya dalam industri pertanian.
Lima program utama kami adalah:
Komuniti Ekonomi Rukun Tetatangga Nasional (KENAL)
Model dan Inisiatif Baru Pembangunan Ekonomi Komuniti (MIBEK) Perak Tengah