Institut Agro Usahawan atau lebih dikenali sebagai iGROW, merupakan pusat latihan kemahiran swasta dalam pelbagai bidang pertanian, perladangan, industri asas tani dan keusahawanan.
iGROW dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Green Hand Rich Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2012.
Bercita-cita untuk menjadi salah satu institut latihan pertanian moden terbaik di Malaysia, iGROW telah menyiapkan pelbagai kemudahan dan faciliti untuk memberi keselesaan kepada para peserta, mahupun pelawat luar.
iGROW mempunyai empat jenis skop perniagaan yang berlandaskan pertanian iaitu pendidikan dan latihan kemahiran, pelancongan, pengeluaran produk pertanian dan asas tani dan akhir sekali perunding keusahawan dan pembangunan masyarakat.