iGROW memperkenalkan dua aspek latihan yang mana menjadi elemen penting dalam membentuk usahawan tani yang berjaya. Kami telah melakukan pelbagai kajian dalam mencipta modul latihan yang menerapkan aspek amali dan juga teori. Selain itu, modul yang kami tawarkan adalah komprehensif dan moden. iGROW juga mempunyai konsep latihan yang berteraskan pembentukan jati diri.
Kedua-dua modul latihan ini menjadi asas kepada penubuhan institut latihan iGROW kerana modul latihan yang dibangunkan adalah bersesuaian dengan permintaan semasa dalam sektor pertanian. Maka, dengan memberi pendedahan yang luas didalam sektor pertanian ini, para peserta akan dapat gambaran yang sebenar selain dari ilmu teori dan praktikal yang diajarkan.