My Kampung My Future (MKMF)
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai program terbaru kami melalui Facebook iGROW.
My Kampung My Future (MKMF)
My Kampung My Future (MKMF)
My Kampung My Future (MKMF) adalah salah satu program iGROW dalam membantu masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar dalam membangunkan jati diri dan modal insan.
iGROW bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan juga institut pendidikan tinggi awam (IPTA) dari pelbagai bidang kemahiran seperti pertanian, industri asas tani, kraf, senibina melayu tradisional, warisan sejarah serta seni budaya.
Objektif My Kampung My Future (MKMF)
Objektif utama program My Kampung My Future adalah untuk menyiapkan diri pelajar dari bidang kemahiran dalam menempuhi alam pekerjaan ataupun memulakan perniagaan sendiri.
Program ini juga adalah initiatif kepada pelajar dalam melengkapi kemahiran dan pengetahuan sebenar dalam pengajian mereka. Justeru itu, program ini merupakan satu initiatif yang dapat memberi nilai tambah kepada keboleh pasaran graduan melalui kaedah kemahiran merentasi pencapaian akademik.
Selain itu, MKMF juga adalah bertujuan untuk memberitahu pada para garduan ataupun individu bahawa kawasan luar bandar juga mempunyai potensi luas untuk diterokai dan boleh mendapatkan hasil yang lumayan.