Pembangunan Ekonomi Sejahtera Rukun Tetangga (PESAT)
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai program terbaru kami melalui Facebook iGROW.
Pembangunan Ekonomi Sejahtera Rukun Tetangga (PESAT)
Pembangunan Ekonomi Sejahtera Rukun Tetangga (PESAT)
Program Pembangunan Ekonomi Sejahtera Tetangga atau PESAT adalah initiatif bersama gabungan kerjasama beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERPADUAN KL) dalam merangka pelbagai perlaksanaan program untuk membantu penduduk luar bandar yang majoriti terdiri daripada golongan B40.
Usaha ini dilihat mampu membantu mencapai misi dan visi kerajaan Malaysia dalam membantu masyarakat luar bandar khususnya dalam ekonomi masyarakat setempat.
Empat bidang menjadi teras kepada program ini iaitu makanan, kraftangan, kemahiran dan perkhidmatan.
Objektif Pembangunan Ekonomi Sejahtera Rukun Tetangga (PESAT)
Program ini adalalah bermatlamat untuk membantu merangka strategi untuk meningkatkan sosio-ekonomi penduduk luar bandar yang kebanyakan terdiri daripada golongan B40.
PESAT adalah program komprehensif yang membantu usahawan luar bandar dalam menjana pendapatan yang mencukupi seterusnya membantu ekonomi penduduk setempat. Dengan erti kata lain, program ini dapat membantu kebajikan rakyat dengan menbangunkan ekonomi komuniti.
Membentuk masyarakat maju juga menjadi asas kepada pembentukan program PESAT dimana program ini menjadi platform utama yang memainkan peranan akar umbi dalam merevolusikan industri IKS luar bandar.